Thursday, September 20, 2012

Random thoughts ketika sibuk


Assalamualaikum...




Kesimpulan: gigi terabur tu keturunan. rabun pun keturunan.

1) Sangat busy -> Stress -> Tengok gambar2 lama -> Lagi stress. -___-!!
2) Sumbat 20+ perkataan korea dalam kepala pukul 1 pagi semalam. Sekarang dah tak ingat apa.
3) Nak makan abc.
4) Nak balik.


Monday, September 17, 2012

Curiosity Kills the Cat

Assalamualaikum...

There's so much more that I want to know... And there's so many things I want to ask. Tapi tanya dinding je la...  Dinding pun tak nak jawab. Nasib baik dinding tak jawab. Kalau dinding jawab... Pindah rumah la. Haha. -__- Tinggallah Soalan berlegar-legar dalam kepala.. :\

Sama ada satu hari nanti terjawab, atau tak terjawab langsung and at that time, persoalan-persoalan tu don't even matter anymore.

"... Wa yamkurullah. Wallahu khairul maakiriin." (Al-Anfal: 30)
Allah too plans and Allah's plans are the best.

Sunday, September 2, 2012

Kekky :]

Assalamualaikum...

Esok ada farewell party untuk Abg Zul sekeluarga dengan birthday Nasrin (Abby). Then rasa nak bawak something, sebab sebelum2 ni asyik bertandang bawak perut je. Cubaan buat kek yang entah kali keberapa, alhamdulillah jadi. :) (Kot la, tak belah tak apa, cubit sikit je rasa.) Moist chocolate kek sebelum ni bentat. -___- Kali ni insyaAllah tak, resipi pun lain sikit. Tak pakai butter! Musykil jugak. Nak patah tangan pukul sebab takde mixer, pastu dia nak telur+gula sampai kembang. Memang tak kembang la. Haha.


Resipi kek ambil dari sini: http://dapurcomelku.blogspot.com/2011/06/moist-chocolate-cakeresepi-3.html

Resipi chocolate ganache ambil dari sini: http://www.myresipi.com/top/detail/3924


Masa untuk gambar2 do the talking hihi. **Kalau esok dah potong tak jadi, buat malu je. >__< Kalau jadi, alhamdulillah.. :)



Fresh from oven :)


Telangkupkan ke pinggan. Alhamdulillah tak terbelah dua huhu




Telangkup kat pinggan lagi satu, pastu telangkup masuk acuan ni pulak, sebab tinggi sikit. Senang nak bawak, balut dengan plastic wrap je.


Coklat ganache, tapi ada ketui2. Sebab double boil tak betul sangat kot. :\


Tuang dan tabur manik warna-warni kat atas dan tadaaa~


Ok, sekian. Semoga eloklah kek ni, ameen.. :)

Wassalamualaikum..

Saturday, September 1, 2012

Kelas B. Korea dan Matematik

Assalamualaikum...


Review setelah 1st day of class hari Khamis:

Kelas MATH403 (Abstract Algebra):

Masa belajar, rasa macam belajar apa yang dah belajar untuk kelas MATH406 je. Tapi yang kali ni kelam kabut sikit proof. Makanya, nota pun kelam kabut, otak pun serabut. Huh. And terus dapat assignment kena hantar next Selasa. (rujuk gambar di bawah) Kata 'I'm here!', maksudnya dah belajar sampai page tu lah. Macam biasa, bila belajar rasa faham. Bila buat soalan, terus sangkut sana sini fedup tutup buku letak tepi.



Kelas KORA101:

Belajar bahasa korea. Biasanya, ramai orang yang ada nama yang susah nak sebut/susah nak tulis dalam hangul (kita ada rumi and jawi, diorang punya panggil hangul). Jadi untuk kelas korea, orang boleh pilih diorang punya 'nama korea'. Nama kita dalam register, Siti Mashit (sebab panjang sangat kot). Jadi kita bagi 'nama korea' kita, Mashita, which means 'sedap' dalam b. korea. Tapi, lagi suka Mashitah yang maksudnya penyisir rambut. Huu. Antara suka dan duka jugak sebenarnya ambik kelas ni. Satu, sebab sekarang tengah takde mood korea yang gegila macam dulu2. Dua, sebab this wasn't the language class I wanted to take in the first place. Tapi kelas yang kita nak ambik tu 6 kredit, sangat daunting. Jadi tak ambik.



p/s: Still tak ganti2 lagi jam/bateri jam. :[

Thursday, August 30, 2012

Buka Sekolah - Fall 2012!!


Assalamualaikum...

Hari ni first day of Fall 2012. Tapi kelas kita Selasa dan Khamis sahaja, jadi hari ni pergi kerja. Nampak budak2 freshman tanya2 jalan, pakai kemas2. Teringat zaman freshman dulu, datang dengan jakun dan sesatnya. Hoho. Tapi, kita dah SENIOR YEAR. :DD Suka suka.


Persiapan nak balik sekolah tak banyak pun malam ni. Cuma ganti pen2 sebab pen dah nak habis dakwat, siapkan buku sudoku in case mengantuk :p, dan buku teks and buku2 nota. Buku teks ni cinonet je tapi harga woahhh $90++, ini buku rental $69 ke macam tu.. Hm takpe la MARA pun bagi elaun buku. Bukan tak bagi.

Semoga tak rasa patah semangat mahupun penat2 untuk semester kali ni. Dan sesibuk mana pun, kena 'partition'kan jugak masa untuk Allah! Nak Allah sayang, jadi harus jugak! InsyaAllah :]

**Baru guna perkataan 'partition'. macam so not me je tapi takpelah. ;p

Saturday, August 25, 2012

Sinopsis raya.

Raya pertama (Ahad).

Bangun pagi, mandi, sembahyang, gosok baju, siap-siap. Siap pukul 7.15 pagi. Alhamdulillah sempat sembahyang raya walaupun tergesa2 jalan sebab metro delay + takut sesat. :\ Sempat beraya lagi 3 rumah lepas sembahyang raya di embassy (kak Ifah pergi mana, ikuuuut je). Balik pukul 12 malam, penat habis.


Raya2 berikutnya diisi dengan pergi kerja waktu pagi, risau pasal result exam selebihnya.


Raya keenam (Jumaat)

Budak2 Wisconsin datang jalan2 Maryland. Sebagai satu2nya perempuan melayu yang ada kat College Park buat masa ni, dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk buat makan. Bilangan asal orang yang nak makan - 5 orang. Tiba2 entah macam mana bilangan 5 menjadi 9. :O Seronoklah ramai orang datang nak makan, tapi tak seronok bila makanan seciput je. :( Patut buat extra bihun goreng ke nasi goreng ke apa ke. Hm.. Next time kena bajet betul2 la kot.


Hari-hari berikutnya, kelas start. Kerja sambung. Habis sinopsis raya sebulan walaupun Syawal tak habis lagi. >__< 

Tuesday, August 14, 2012

Ramadan hari ke-25

Assalamualaikum,

Pejam celik, Ramadan dah nak habis. Berapa banyak pahala dah kaut? Berapa banyak dosa dah hapus? Tepuk dada, tanya hati. Tak kira Ramadan kat Malaysia ke, kat US ke, tetap jugak berpijak di bumi Tuhan. Kenapa boleh nak rasa tak ada semangat Ramadan? :(