Tuesday, October 30, 2012

Update Semenjak Dua Menjak...

Assalamualaikum...

1. Internet rumah terputus.
2. Hari Raya Aidiladha
3. Exam. -__-
4. Sandy Hurricane. :S


Dalam semua-semua tu, hati rasa sayu je. Rasa nak balik. Rasa nak makan makanan rumah. It doesn't feel homey anymore. Probably sebab pertengahan semester. Assignment demi assignment, exam demi exam, kuiz demi kuiz. Lepas tu kerja pun stress. Tapi lebih rasa stress takut supervisor/orang atasan marah...

Baru perasan, post2 dalam blog ni macam banyak sangat dah negatif. Rasa stress meruap-ruap sangat kot. Tapi secara sebenarnya takde la stress sangat kot.......

Hopefully cepatlah datang winter break. Kita just nak chill, baca buku (hahaha), main crazy4jigsaw puzzle, etc etc... :(

Wassalamualaikum...

Thursday, October 25, 2012

Fenin fenin

Assalamualaikum,

Busynyalah. Actually, lebih busy dengan kerja more than hw assignment etc. Hopefully tak payah datang kerja hari Jumaat, nak raya :( And internet kan rumah kejap ok kejap tak. Macam mana nak skype, baby2 nak balik Khamis ni isk isk.


Hw tak siap. Tak sedar ada kuiz semalam, kelam kabut. Tak dapat jawab. Haih. Jawab exam korea dalam 30minit. Ada lagi 45 minit. Konfiden je. Haih lagi.




Minum kopi banyak sangat. Pening. Kelmarin tak tidur, semalam qada' tidur lama sebab internet pun tak dapat. Ha apa lagi. bye bye.




Thursday, October 11, 2012

Seloka Hati


Sudah lama impian kupasang,
Mahligai indah bak kencana,
Sudah lama cerita berkarang,
Muka akhir entah kemana.

Habis dakwatku, tidak bicara,
Berulang kisah kali kedua,
Habis sudah duka dan lara,
Berulangkah nanti rasa kecewa?

Utara barat timur dan selatan,
Menyatukan hati, memisahkan jiwa,
Darat terpisah oleh lautan,
Langit yang sama berkongsi jua.

Menanti khabar, lelah jiwaku,
Hari ke minggu, minggu ke bulan,
Walaupun setelah saban waktu,
Pahit mendatang pasti kutelan.


~Bak kata Hana, "Hati lembik". Hilal Asyraf cakap, "Otak lunyai". Tak suka macam ni. Siti Mashitah, bangun cepatttt :(

Wednesday, October 3, 2012

It'll be Friday Again

Assalamualaikum...


.... And all the worries will temporary go away. (They'll come back on Sunday).
So, I slept at 5 a.m. working on Math problems that took me forever to solve. Yes at the end, tak solve jugak. I went to sleep. My body alarm woke me up at 6.40 a.m. Jantung berdegup laju amat. Etc. Pergi kelas. Plan nak jumpa kawan sekelas untuk study sikit2 math before exam lusa. I figured out that I know more than I thought I know. Ho macam mana tu.

Sesetengah benda yang kita ingat tak tau langsung. Discuss2 dengan kawan, tiba2 kita yang tahu. :O Ilmu turun dari langit Allah bagi. Haha.. **Fruitful brain development from spending an hour+ on a single math question?

So anyway. Got home. It's only 9 p.m. Tak mengantuk lagi pun, sebab tadi minum kopi. Sebab takkan nak jumpa kawan mengantuk-mengantuk. Kata nak discuss. But I believe this body and eyes and brain need some rest. At least for tonight. Tomorrow dah bangun kita fighting lagi ya? **'Tomorrow'. tapi dah set alarm pukul 12 tengah malam, pukul 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi, 5 pagi. Hoho. Last2 bangun pukul 6 jugak.

Good night. Jal-jja~


p/s: jari dah keras :( tak boleh lukis dah tak jadi.....

Tuesday, October 2, 2012

Nocturnal

Assalamualaikum...

Hard die punya old habit. Stay up malam-malam, adrenaline gets over pumped by caffeine, trying to work as much as I could, gantikan waktu-waktu tengah hari/petang tersadai tak buat apa-apa. Dari dulu tak tahu, time malam lagi senang buat kerja daripada waktu siang. Dulu alasan, "Bila semua orang tidur baru boleh buat kerja. Tak ada orang kacau." Lepas tu kena hantar pergi MRSM Langkawi... Alkisah tragik sikit di sebalik tu. Huu.

Sekarang ni pula tak tahu la, maybe just sebab berdebar esok kena hantar homework tapi tak siap? Haha. -__-

Sekarang ni rasa berhutang... Rasa macam ada ability untuk stay up lewat malam. Tapi untuk study je. Lepas ni kena berusaha jugak stay up malam buat qiam ke apa. Rasa macam kena... Sebab. Analoginya, rasa macam Allah bagi rezeki harta banyak2 tapi 1 sen pun tak masuk tabung sedekah. Ha kan not so nice tu.

Yang ni kena berusaha betul. Nak harapkan tunggu rasa tunggu rasa dan kekuatan, entah bila nak sampai. Nak buat benda2 lain mungkinlah kot nocturnal. Tapi kalau beribadah, celak kat mata menebal, katil memanggil, nafsu tidur kata, "Takpelah esok lusa tulat". Huu. Kena usaha2.


*again tak tahu apa motif post sebenarnya. rambling di malam hari/pagi2 buta?

p/s hari ni: jangan buat kerja last minute
p/s/s hari ni: lain kali buat cookies ikut sukatan. jangan letak esen vanila banyak sangat nanti pahit pedasss.