Thursday, August 30, 2012

Buka Sekolah - Fall 2012!!


Assalamualaikum...

Hari ni first day of Fall 2012. Tapi kelas kita Selasa dan Khamis sahaja, jadi hari ni pergi kerja. Nampak budak2 freshman tanya2 jalan, pakai kemas2. Teringat zaman freshman dulu, datang dengan jakun dan sesatnya. Hoho. Tapi, kita dah SENIOR YEAR. :DD Suka suka.


Persiapan nak balik sekolah tak banyak pun malam ni. Cuma ganti pen2 sebab pen dah nak habis dakwat, siapkan buku sudoku in case mengantuk :p, dan buku teks and buku2 nota. Buku teks ni cinonet je tapi harga woahhh $90++, ini buku rental $69 ke macam tu.. Hm takpe la MARA pun bagi elaun buku. Bukan tak bagi.

Semoga tak rasa patah semangat mahupun penat2 untuk semester kali ni. Dan sesibuk mana pun, kena 'partition'kan jugak masa untuk Allah! Nak Allah sayang, jadi harus jugak! InsyaAllah :]

**Baru guna perkataan 'partition'. macam so not me je tapi takpelah. ;p

Saturday, August 25, 2012

Sinopsis raya.

Raya pertama (Ahad).

Bangun pagi, mandi, sembahyang, gosok baju, siap-siap. Siap pukul 7.15 pagi. Alhamdulillah sempat sembahyang raya walaupun tergesa2 jalan sebab metro delay + takut sesat. :\ Sempat beraya lagi 3 rumah lepas sembahyang raya di embassy (kak Ifah pergi mana, ikuuuut je). Balik pukul 12 malam, penat habis.


Raya2 berikutnya diisi dengan pergi kerja waktu pagi, risau pasal result exam selebihnya.


Raya keenam (Jumaat)

Budak2 Wisconsin datang jalan2 Maryland. Sebagai satu2nya perempuan melayu yang ada kat College Park buat masa ni, dengan baik hatinya mengofferkan diri untuk buat makan. Bilangan asal orang yang nak makan - 5 orang. Tiba2 entah macam mana bilangan 5 menjadi 9. :O Seronoklah ramai orang datang nak makan, tapi tak seronok bila makanan seciput je. :( Patut buat extra bihun goreng ke nasi goreng ke apa ke. Hm.. Next time kena bajet betul2 la kot.


Hari-hari berikutnya, kelas start. Kerja sambung. Habis sinopsis raya sebulan walaupun Syawal tak habis lagi. >__< 

Tuesday, August 14, 2012

Ramadan hari ke-25

Assalamualaikum,

Pejam celik, Ramadan dah nak habis. Berapa banyak pahala dah kaut? Berapa banyak dosa dah hapus? Tepuk dada, tanya hati. Tak kira Ramadan kat Malaysia ke, kat US ke, tetap jugak berpijak di bumi Tuhan. Kenapa boleh nak rasa tak ada semangat Ramadan? :(


Friday, August 10, 2012

Countdown, Ramadan hari ke-21

Salam,

Kenapa rasa macam countdown ni tak consistent? Salah kira hari? Haha :p Ok so Syawal makin dekat. Dah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Rasa makin semangat, tapi badan makin penat. Nak pahala Ramadan, tapi nak do well untuk kelas jugak, pada masa yang sama nak jugak tunjuk rajin depan bos. Dalam kesibukan semua tu, boleh pulak tiba2 jadi emosi tak bersebab. (Disyaki akibat overdose kopi. aigooo).

Jadi nak buat macam mana? Ha. Buat jadual waktu? Sangatlah takkan ikut. Dah kenal sangat diri sendiri. Jadi, instead of buat target for one bulan, probably tukar jadi target harian kot? Push diri sendiri, sikit lagi sikit lagi.  (Kalau tak buat macam tu, nanti mesti fikir, takpe la esok mengaji/buat projek/baca buku teks banyak sikit. Seperti biasa tinggal niat je). So, hopefully, InsyaAllah capai target Ramadan dan Summer II, amiin. :)


-- 1 pikcha a day (open house tahun lepas, with my beloved babu) --




Wednesday, August 8, 2012

Ramadan, hari ke-20.

Salam,

Facebook dah la kosong. Tengok twitter sunyi sepi, banyak tweet daripada Berita Harian. Ni yang tak nak follow dah ni. Dah follow, tak baca pun. Huu. Nampak la jugak 1,2 tweet Thohira. Tapi Hidayah punya tweet 1 pun takdak. (kira dalam beberapa jam tu la. bukan berhari-hari pun).

Esok maybe Hidayah dah nak balik Malaysia (insyaAllah for good :D), then dia tweet last nak naik scooter. Agak-agaknya tahun depan pun macam tu jugak. Tahun ni beria rasa nak balik la apa la. Tahun depan nak balik, rasa sayu pulak nak tinggal bilik, rumah, College Park, semua la. Life 4 tahun, tiba2 tinggal. Sedih la kot. Tapi hopefully, bila balik tahun depan semua ada. Family, kawan2, etc. Lepas tu insyaAllah tak payah dah puasa & raya sorang2.

Boleh puasa & raya dengan family dan kawan2. (Ayat sebelum ni bunyi macam tahun depan dah kawin je. =.='' Amin... Muahaha.)


Hidayah, tahun lepas masa bulan puasa. Datang rumah Hidayah untuk buat tat buah, tapi custard tak nak jadi. Lepas tu cuba bakar, custard jadi keras macam biskut lemau. Kesimpulannya, tak jadi. Tahun depan insyaAllah berprojek lain pulak. Hoho.

Monday, August 6, 2012

Countdown (End of Ramadan)-- 12/13 Days

Salam,

Ramadan ke-17. Rasa cepat sangat. Target2 untuk Ramadan tak tau tercapai atau tak. Seharian sibuk dengan kerja and kelas. Balik2 rumah, pancit. Last week exam 1, minggu ni exam 2, minggu depan final exam. Bernota-nota dah buat daripada buku "Comp. Architecture: Quantitative Approach". Buku Al-Quran merangkak lagi.

Banyak betul alasan. :< Tapi Ramadan hari-17 baru start. Ada lagi 14jam sebelum pukul 12.


Berbuka dengan kawan-kawan sekolah, tahun lepas. Syioknyaaaa. Ni dah seminggu berbuka kari je. Malas nak masak, macam tu la. Huu.