Thursday, August 30, 2012

Buka Sekolah - Fall 2012!!


Assalamualaikum...

Hari ni first day of Fall 2012. Tapi kelas kita Selasa dan Khamis sahaja, jadi hari ni pergi kerja. Nampak budak2 freshman tanya2 jalan, pakai kemas2. Teringat zaman freshman dulu, datang dengan jakun dan sesatnya. Hoho. Tapi, kita dah SENIOR YEAR. :DD Suka suka.


Persiapan nak balik sekolah tak banyak pun malam ni. Cuma ganti pen2 sebab pen dah nak habis dakwat, siapkan buku sudoku in case mengantuk :p, dan buku teks and buku2 nota. Buku teks ni cinonet je tapi harga woahhh $90++, ini buku rental $69 ke macam tu.. Hm takpe la MARA pun bagi elaun buku. Bukan tak bagi.

Semoga tak rasa patah semangat mahupun penat2 untuk semester kali ni. Dan sesibuk mana pun, kena 'partition'kan jugak masa untuk Allah! Nak Allah sayang, jadi harus jugak! InsyaAllah :]

**Baru guna perkataan 'partition'. macam so not me je tapi takpelah. ;p

No comments: