Saturday, September 1, 2012

Kelas B. Korea dan Matematik

Assalamualaikum...


Review setelah 1st day of class hari Khamis:

Kelas MATH403 (Abstract Algebra):

Masa belajar, rasa macam belajar apa yang dah belajar untuk kelas MATH406 je. Tapi yang kali ni kelam kabut sikit proof. Makanya, nota pun kelam kabut, otak pun serabut. Huh. And terus dapat assignment kena hantar next Selasa. (rujuk gambar di bawah) Kata 'I'm here!', maksudnya dah belajar sampai page tu lah. Macam biasa, bila belajar rasa faham. Bila buat soalan, terus sangkut sana sini fedup tutup buku letak tepi.



Kelas KORA101:

Belajar bahasa korea. Biasanya, ramai orang yang ada nama yang susah nak sebut/susah nak tulis dalam hangul (kita ada rumi and jawi, diorang punya panggil hangul). Jadi untuk kelas korea, orang boleh pilih diorang punya 'nama korea'. Nama kita dalam register, Siti Mashit (sebab panjang sangat kot). Jadi kita bagi 'nama korea' kita, Mashita, which means 'sedap' dalam b. korea. Tapi, lagi suka Mashitah yang maksudnya penyisir rambut. Huu. Antara suka dan duka jugak sebenarnya ambik kelas ni. Satu, sebab sekarang tengah takde mood korea yang gegila macam dulu2. Dua, sebab this wasn't the language class I wanted to take in the first place. Tapi kelas yang kita nak ambik tu 6 kredit, sangat daunting. Jadi tak ambik.



p/s: Still tak ganti2 lagi jam/bateri jam. :[

No comments: