Friday, March 25, 2011

Super sweet :)

Daripada blog Nurhidayah Johari

Maktab

Assalamualaikum, hai!


Harini birthday mrsm langkawi, jadi president kitorang dulu2 cadangkan semua makhluk batch 8 ataupun nama kami, Infineight untuk tukar jadi logo batch yang saya tak ingat dah siapa buat. Walaupun saya x berapa nak sayang maktab tu atas sebab-sebab peribadi dan memang taknak masuk campur hal mereka tapi saya tukar jugak last-last tu bila nampak Siti Mashitah Shamsul Anuar pun dah tukar profile picture.

Kalau saya tak pergi sekolah jauh2 tu, saya x kan kenal seorang manusia yang sudi bacakan buku sejarah sebelah katil malam-malam buta masa saya demam teruk sehari sebelum semester exam.

Dan akibat bergaul dengan manusia inilah, saya terjebak dengan caffeine. :P

Mungkin jugak saya xkan tau fakta ni, "kalau nak basuh dua ketoi baju je xpayah guna satu penutup sabun dynamo". Jenuh nak bilas.

Miss you!

p/s - Tom kata kempen ni insyaallah berjalan selama sebulan. Tak tau la tahan ke tak.



Miss you too :) **at the end markah sejarah aku still lagi rendah jugak drpd ko. huu :p

Friday, March 4, 2011

Vlog - Video Blog ?

Fenomena baru, vlog. Ok belum fenomena la, cuma dah nampak tanda2 semakin menjadi trend - iaitu dah ada yang cuba2 membuat vlog sendiri. Kudos, sebab berani buat something yang orang lain tak berani buat. :)

Antara vloggers yang aku tahu (tiga orang je pun aku tahu) -- malas nak post link apa, tapi kalau cari kat youtube confirm jumpa punya.

-Anwar Hadi
-Mat Luthfi
- *baru*baru* Aiman Azlan :D

Yang bagusnya vlog ni, kadang2 orang pun dah penat nak baca blog2 sebab tak ramai pun yang update. Kadang update lekeh2 je macam yang aku update la, title post lagi panjang dari isi. Lepas tu, menarik2 vlog ni. *kalau yang buat ni memang spend masa buat lah* Kadang2 benda2 yang kau rasa boleh nampak dalam kartun atau drama jepun yang gila2 je, kau boleh jumpa dalam vlog. Contohnya, buat muka2 yang, memang kartun. Aku tak cakap benda ni tak baik pun, menarik kot. Kelakar. *And memang tu tujuan orang2 dalam vlog buat macam tu kan? Jadi serious aku rasa orang2 yang berani dan berbakat je boleh buat vlog yang menarik2 ni. Contohnya lagi, kalau la aku buat vlog kan. *TAKKAN. :p Boleh ke bayangkan aku buat muka macam ni?


Time makan je muka aku jadi macamni.


Jadi kepada vloggers2 / sesiapa yang bakal / berminat untuk menceburi bidang vlog sekalian, tahniah, syabas dan goodluck. Hiburkan lah hati aku banyak2 ok. Kalau isi tu bermanfaat lagi bagus. ;)