Friday, March 4, 2011

Vlog - Video Blog ?

Fenomena baru, vlog. Ok belum fenomena la, cuma dah nampak tanda2 semakin menjadi trend - iaitu dah ada yang cuba2 membuat vlog sendiri. Kudos, sebab berani buat something yang orang lain tak berani buat. :)

Antara vloggers yang aku tahu (tiga orang je pun aku tahu) -- malas nak post link apa, tapi kalau cari kat youtube confirm jumpa punya.

-Anwar Hadi
-Mat Luthfi
- *baru*baru* Aiman Azlan :D

Yang bagusnya vlog ni, kadang2 orang pun dah penat nak baca blog2 sebab tak ramai pun yang update. Kadang update lekeh2 je macam yang aku update la, title post lagi panjang dari isi. Lepas tu, menarik2 vlog ni. *kalau yang buat ni memang spend masa buat lah* Kadang2 benda2 yang kau rasa boleh nampak dalam kartun atau drama jepun yang gila2 je, kau boleh jumpa dalam vlog. Contohnya, buat muka2 yang, memang kartun. Aku tak cakap benda ni tak baik pun, menarik kot. Kelakar. *And memang tu tujuan orang2 dalam vlog buat macam tu kan? Jadi serious aku rasa orang2 yang berani dan berbakat je boleh buat vlog yang menarik2 ni. Contohnya lagi, kalau la aku buat vlog kan. *TAKKAN. :p Boleh ke bayangkan aku buat muka macam ni?


Time makan je muka aku jadi macamni.


Jadi kepada vloggers2 / sesiapa yang bakal / berminat untuk menceburi bidang vlog sekalian, tahniah, syabas dan goodluck. Hiburkan lah hati aku banyak2 ok. Kalau isi tu bermanfaat lagi bagus. ;)

2 comments:

aimanazlan said...

Eh2, tiba2 ade nama aku :)

ct.mashitah said...

Eh eh yeke tak prasan plak. haha :p